Wednesday, March 25, 2015


Subject:
Re: JEMPUTAN MISI SUKARELAWAN BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR
Date:
Tue, 24 Mar 2015 10:01:55 +0800
From:
Persatuan Alumni UPM Persatuan Alumni UPM <alumniupm@gmail.com>
To:

Salam sejahtera Mr. James Ho,

Terlebih dahulu terima kasih diatas sumbangan berjumlah RM 2,000 yang telah dimasukkan ke akaun Persatuan Alumni UPM. Kami amat menghargainya. Ini menjadikan kutipan sumbangan Tabung Mangsa Banjir berjumlah RM 5,000. Sumbangan ini akan diserahkan kepada pihak Tabika Kg. Paya Kecil, Temerloh yang telah mengalami beberapa kerosakkan dan kemusnahan perabot pada musibah banjir tempoh hari.

Sekali lagi, PAUPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Suria Johor Bahru & Mr. James Ho kerana prihatin dengan kebajikan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Tn. Hj. Ghazali Salamat

Setiuasaha Agung

Persatuan Alumni UPM

Sesi 2013-2015

 

2015-03-24 9:43 GMT+08:00 James Ho <hojp@keckseng.com>:

Attached RM2,000.00.

This is a donation from YAYASAN KEBAJIKAN SURIA JOHOR BAHRU. I am the Secretary of the Foundation.

Visit us at: yayasansuriajb.blogspot.com

Thank you.

 

On 20/3/2015 12:14 PM, Persatuan Alumni UPM Persatuan Alumni UPM wrote:

Assalamualaikum& Salam sejahtera

Kepada semua Alumni UPM & Ahli Persatuan Alumni UPM

YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MISI SUKARELAWAN BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UPM (PAUPM) berbesar hati akan mengadakan misi sukarelawan bantuan kemanusiaan dan kami prihatin membantu mangsa-mangsa banjir seperti butiran berikut:-

Tarikh                   :               28 Mac 2015 (Sabtu)

Masa                     :               Bermula jam 9.00 pagi

Tempat                :               Tabika Kemas, Kg. Paya Kecil, 28000 Temerloh, Pahang

 

3.            Untuk makluman, PAUPM telah menubuhkan Tabung Mangsa Banjir pada Disember 2014 yang lalu dan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 3,000.00 sahaja dan hasil daripada wang sumbangan tersebut akan disalurkan untuk kegunaan kos membaikpulih Tabika Kemas Kg. Paya. Pihak kami dimaklumkan bahawa Tabika berkenaan mengalami kerosakan kesemua peralatan dan perabot kerana hampir setinggi 8 kaki telah ditenggelami air. Kami juga mengalu-alukan YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan memberi sebarang bentuk sumbangan tunai mahupun perabot atau kelengkapan lain terhadap misi ini. Sebarang sumbangan boleh dihulurkan atas nama "PERSATUAN ALUMNI UPM" no akaun: 8600432734 (CIMB BANK) selewat-lewatnya sebelum 28 Mac 2015. Mohon maklumkan jumlah dan butiran sumbangan untuk makluman sekretariat.

4.            Justeru, YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dijemput hadir menyertai aktiviti kebajikan ini bagi bersama-sama bergotong-royong mengecat bangunan (luar dan dalam) Tabika, mengemaskan kawasan sekitar sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Semoga penyertaan dan penglibatan YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menguatkan lagi ukhuwah sesama PAUPM dan Alumni UPM di kawasan yang berhampiran. Diharapkan pihak kami mendapat penglibatan dan reaksi positif daripada alumni yang berada di Temerloh khususnya selewat-selewatnya 23 Mac 2015 (Isnin) untuk tindakan kami. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat Persatuan Alumni UPM (PAUPM) ditalian 03 8946 7242/7243/7244/ 012-6913717 Pn. Nor Khamisah (Pengurus) atau email alumniupm@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

 

TN. HJ. ANAS AHMAD NASARUDIN

Presiden

Persatuan Alumni UPM

Sesi 2013-2015

 

Warmest regards,
James Ho